Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Pekebun Kecil Sawit Daerah Telupid Terima Bantuan

By 26 April 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Moh. Haziman Abdul Rahman (Sabah)

TELUPID, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan melalui Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) telah menyediakan pelbagai bantuan untuk membantu meningkatkan produktiviti dan penghasilan penggiat industri tani serta penternakan terutama di kawasan luar bandar.

Program terkini yang dianjurkan di daerah Telupid Sabah melibatkan penyerahan Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS), Input Pertanian Pekebun Kecil Sawit (IPPKS), Skim Insentif Integrasi Tanaman dengan Sawit (Ita) dan Skim Insentif Integrasi Ternakan dengan Sawit (ITe).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin, berkata sejumlah RM100 juta peruntukan dana telah disediakan oleh kerajaan untuk pelaksanaan Skim Insentif Pembiayaan TSPKS 2.0 bagi kerja-kerja penanaman semula pokok sawit tua.

Chan ketika berucap pada majlis Perasmian Program Skim Insentif Pembiayaan Tanam Semula Pekebun Kecil Sawit (TSPKS 2.0) Daerah Telupid.

“Kerajaan telah mewujudkan Skim Insentif Intergrasi Ternakan dengan Sawit (ITe). Sehingga 31 Mac 2024, Sebanyak 355 projek Integrasi ternakan telah diluluskan di negeri Sabah yang terdiri daripada 13 projek ternak ayam dan empat projek ternak itik di daerah Telupid.

“Kita sedia maklum bahawa industri sawit memainkan peranan yang sangat penting dalam memacu ekonomi Malaysia serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi penduduk luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Skim Insentif Pembiayaan Semula Pekebun Kecil Sawit di Dewan Masyarakat Majlis Daerah Telupid di sini pada Selasa.

Reck, Penerima Skim Insentif Integrasi Ternak Dengan Sawit (ITe).

Penerima bantuan Skim Insentif Integrasi Ternakan Dengan Sawit (ITe), Reck Teveter Giswa, 41, berkata bantuan tersebut akan mempercepatkan perancangannya untuk meningkatkan penghasilan telur itik bagi memenuhi permintaan terkini pasaran.

“Dengan bantuan ini, saya akan menambah jumlah itik lagi agar pengeluaran telur dapat meningkat lagi. Sekarang 200 ekor mungkin akan datang akan tambah 200 lagi secara berperingkat.

“Diharapkan dengan tambahan jumlah ternakan itu nanti saya dapat menambah pengeluaran produk telur masin sedia ada,” katanya.

Dalam majlis tersebut, seramai empat orang petani telah menerima Skim Insentif Ita, empat orang penerima Skim Insentif ITe dan 10 orang penerima Sijil MSPO melalui program Program Skim Insentif Pembiayaan Tspks 2.0 Daerah Telupid.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N.47 TelupidMarcelleus Jeffry, Pegawai Tunas MPOB Zon Sabah 1 Imran Ariffin, Ketua Pejabat MPOB Cawangan Telupid Cleare Bili, Ketua-Ketua Jabatan dan pemimpin masyarakat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda