Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

PoP Membantu Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi Lebih Stabil

By 27 April 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

PADANG BESAR, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Inisiatif projek Point of Presence (PoP) merupakan komitmen kerajaan dalam menggalakkan penerimagunaan teknologi digital kepada seluruh rakyat.

Menteri Komunikasi menyampaikan sumbangan kepada penerima penerima.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil ketika berucap di program PoP (Zon Utara) anjuran Kementerian Komunikasi dan Telekom Malaysia  di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Besar Utara , berkata usaha ini dapat mempersiapsiaga rakyat dengan kemahiran digital bagi merapatkan kesenjangan digitalisasi dan memperkasakan infrastruktur telekomunikasi negara.

“Dalam usaha membangunkan Malaysia MADANI, tumpuan bukan
sahaja kepada penyelesaian masalah tetapi juga memenuhi keperluan negara dalam memacu ekonomi digital.

“Selain itu, kerajaan turut berusaha memenuhi keperluan rakyat dengan memperkukuh bidang keutamaan negara antaranya ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan,” jelasnya.

Menurutnya, pelaksanaan projek PoP ini akan menjadikan sekolah luar bandar dan pedalaman, contohnya SMK Padang Besar Utara sebagai
hab penyediaan infrastruktur jalur lebar gentian optik.

Bergambar kenangan bersama selepas selesai majlis

“Bagi negeri Perlis khususnya, sebanyak 53 PoP telah berjaya disiapkan sepenuhnya.

“Ini menjadikan 5,953 buah premis telah tersedia dengan sambungan gentian optik untuk dilanggan dan kawasan Parlimen P001 Padang Besar ini khususnya, sebanyak 29 PoP telah berjaya disiapkan di kawasan sekolah,” katanya.

Katanya lagi, Ini menjadikan 3,227 buah premis telah tersedia untuk dilanggan.

“Melalui penyediaan infrastruktur PoP ini, sekolah, agensi kerajaan dan komuniti di sekitarnya akan dapat menikmati perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi yang lebih stabil.

“Secara keseluruhan, dianggarkan sekurang-kurangnya sebanyak
437,000 buah premis akan tersedia dengan perkhidmatan infrastruktur jalur lebar berkelajuan tinggi apabila projek ini siap kelak,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk  Mohamad Fauzi Md Isa dan pengurusan tertinggi Kementerian Komunikasi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda