Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
KUALA KUBU BAHARU, 27 Apr (Malaysiaaktif) – Pegawai Pengurus pilihan raya kecil (PRK) N06 Kuala Kubu Baharu, Yuhanas Auree Kamaruddin mengesahkan enpat calon layak bertanding.
Mereka telah menghantar borang pencalonan masing-masing di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.
Menurutnya, pihaknya telah menerima empat orang calon selepas tempoh pencalonan dibuka pujul 9 hingga 10 pagi.
“Mereka adalah Khairul Azhari Saut dari Perikatan Nasional (PN) diikuti calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao jam 9 pagi.
“Ia diikuti calon Bebas, Nyau Ke Xin jam 9.22 pagi disusuli dan Hafizah Zainuddin dari Parti Rakyat Malaysia (PRM) jam 9.55 pagi,” katanya.
Katanya, setelah disemak kertas-kertas pencalonan pihaknya berpuas hati dan tiada pencalonan yang ditolak.
Seramai 40,226 pengundi layak untuk memilih calon mereka pada 11 Mei ini sementara undi awal dijadualkan 7 Mei.
-ZS-