Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

200 Orang Ikut Serta dalam Acara ‘Fun Walk’ #jombakarlomakghayo

By 50 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Othman/Parimala Devi (Jelebu)

JELEBU, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 200 orang menyertai acara ‘Fun Walk’ sejauh 3.4 kilometer dalam Program Jom Cergas Komuniti Jelebu 2024 di perkarangan Dewan Besar Klawang.

Sukaneka kanak-kanak

Menurut Yang DiPertua Majlis Daerah Jelebu Abdul Rahim A.Aziz program pada hari ini merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk menggalakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menganjurkan program berkaitan komuniti bandar bagi memastikan kesejahteraan dan perpaduan masyarakat sentiasa diberikan keutamaan.

“Saya berharap dengan penganjuran program ini juga dapat memupuk kesedaran dan pendedahan kepada komuniti tentang cara hidup sihat,” katanya lagi ketika menyampaikan ucapan.

Jalaluddin Alias Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan merangkap Ahli Parlimen Jelebu dalam ucapan perasmiannya menzahirkan ucapan terima kasih kepada KPKT diatas penganjuran program ini.

Antara peserta ‘Fun Walk’

“Saya menyeru agar program kecergasan seperti ini kerap dilakukan di Parlimen Jelebu ini kerana sambutannya sangat memberangsangkan serta boleh menjadikan daerah Jelebu ini ke arah daerah atau bandar sihat,” katanya.

Selain daripada ‘Fun Walk’ pelbagai acara menarik turut diadakan seperti pameran kesihatan, pertandingan mewarna, pemeriksaan kesihatan, sukaneka kanak-kanak serta cabutan bertuah.

-AA-

Tinggalkan komen anda