Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

MyMelaka News Gerbang Maklumat Rakyat

By 21 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhammad Zarul Afify/ Nur Farizah Farnoh

MELAKA, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka, Ab Rauf Yusoh telah melancarkan Aplikasi Telegram MyMelaka News Kerajaan Negeri Melaka pada hari ini dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka di Grand Ballroom MITC Melaka.

Ucapan amanat Ketua Menteri Melaka

Platform MyMelaka News diwujudkan bagi mengatur strategi dan pemantapan pentadbiran kerajaan negeri yang lebih efektif dan berkesan. Platform ini juga sebagai salah satu saluran penyampaian hebahan mengenai promosi dan publisiti aktiviti-aktiviti kerajaan negeri kepada seluruh rakyat negeri Melaka dan kumpulan sasar.

Menurut Abd Rauf Yusoh, MyMelaka News Kerajaan Negeri Melaka ini juga merupakan salah satu medium penghubung maklumat antara pemimpin dan rakyat bagi memudahkan penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Sidang media bersama Ketua Menteri Melaka

“Saya yakin dan percaya, usaha ini akan memberi banyak manfaat kepada seluruh penjawat awam mahupun rakyat di negeri Melaka di samping memacu pembangunan kerajaan negeri seiring dengan kemajuan dan kecanggihan zaman teknologi masa kini,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda