Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

JWP Peruntuk Lebih RM1.1 Juta Sumbangan Kepada Bakal Jemaah Haji Wilayah Persekutuan

By 21 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parameswary Lekshmnan/PPj (Kuala Lumpur)

PUTRAJAYA, 20 Mei (Malaysiaaktif) – Seramai 579 warga Putrajaya yang bakal menunaikan ibadah fardu haji pada tahun ini menerima sumbangan sebanyak RM500 setiap seorang.

Zaliha beramah mesra dengan warga Putrajaya yang bakal menunaikan ibadah fardu haji

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa, sumbangan itu merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Usaha Jaya Insan atau PUJI bagi menyantuni warga Wilayah Persekutuan yang telah dijemput sebagai Duyufurrahman.

“Jumlah keseluruhan sumbangan di Putrajaya sahaja sebanyak RM289,500.

“Mudah-mudahan melalui sumbangan ini, sedikit sebanyak akan memberikan keceriaan dan meringankan beban para jemaah,” katanya.

Zaliha berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Sumbangan Khas Haji Muasassah Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya Tahun 2024/1445H anjuran Jabatan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) di Dewan Seri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya hari ini.

Zaliha menyampaikan sumbangan kepada warga Putrajaya bakal jemaah haji

Beliau juga mengingatkan bakal jemaah haji supaya sentiasa berada dalam keadaan sihat dan bertenaga, mematuhi panduan kesihatan yang disarankan Tabung Haji di samping mendoakan mereka dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna.

Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) memperuntukkan secara keseluruhan sebanyak RM 1.102 juta kepada 2,204 bakal jemaah haji muasassah di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.

-AA-

Tinggalkan komen anda