Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Duda Tidak Sangka Terima Faedah PERKESO

By 21 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR BARU SELAYANG, 21 Mei (Malaysiaaktif) – Duda kepada seorang bekas kakitangan di sebuah bank tidak menyangka akan menerima bantuan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) setelah pemergian isterinya.

Mohd Rasyid Tajul Ariffin, 39, masih diselimuti kesedihan atas kehilangan isteri Farah Nisha Parman, 37, yang meninggal dunia akibat kanser hati pada 3 April lalu.

Namun kesedihan itu sedikit terubat dengan kehadiran PERKESO bagi menyampaikan bantuan faedah kepada beliau sekeluarga.

Rasyid ketika ditemui mengakui terkejut apabila dimaklumkan beliau sekeluarga akan menerima faedah PERKESO berkenaan.

(Dari kanan) Ismail dan Anfaal bertanya khabar kepada Rasyid yang masih bersedih atas kehilangan isteri yang meninggal dunia akibat kanser hati

“Arwah isteri telah berhenti mencarum apabila berhenti kerja sejak tahun 2020 dan anggapan saya bahawa faedah PERKESO turut terhenti juga.

“Selama ini yang saya tahu mengenai PERKESO ini untuk kemalangan ketika waktu bekerja dan pencen ilat kerana tidak boleh bekerja, itu sahaja,” katanya semasa kunjungan PERKESO menyampaikan kotak PRIHATIN di kediamannya di sini hari ini.

Penyampaian tersebut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer yang juga EXCO Negeri Selangor, Anfaal Saari yang turut dihadiri Pengarah PERKESO Selangor, Ismail Abi Hashim.

Melalui fakta kes PERKESO, Rasyid serta anak tiri arwah dan dua anak kandung hasil perkahwinan pertama layak menerima pencen penakat yang dibayar setiap bulan.

Pada 15 April PERKESO juga telah meluluskan bayaran Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000.

-AA-

Tinggalkan komen anda