Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Sock Tao Tekad Tunai Janji, Selesai Masalah Rakyat Kuala Kubu Baharu

By 12 Mei 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

HULU SELANGOR, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Baharu yang baharu, Pang Sock Tao bertekad menunaikan janji dan menyelesaikan isu rakyat.

“Perancangan pertama saya ialah cari rumah secepat mungkin dan memulakan operasi pusat khidmat serta menyusun gerak kerja bersama pasukan sedia ada untuk mendengar masalah rakyat.

Pang Sock Tao bergambar dengan kanak-kanak semasa edaran bunga sebagai tanda penghargaan terima kasih kepada pengundinya.

“Saya akan terus bekerja serta berusaha menyelesaikan isu tempatan,” katanya.

Sock Tao berkata demikian ketika program edaran bunga sempena Hari Ibu dan penghargaan kepada pengundi di Pekan Rasa pada hari pertama sebagai ADUN Kuala Kubu Baharu.

Sock Tao daripada Pakatan Harapan (PH) mewakili Kerajaan Perpaduan diumumkan pemenang selepas menewaskan tiga pencabar lain selepas memperoleh sebanyak 14,000 undi dengan majoriti 3,869.

-ZS-

Tinggalkan komen anda