Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

2,000 Warga Labuan Hadiri Ceramah Syamsul Debat

By 15 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Lebih 2,000 orang warga Labuan membanjiri Dewan Arena Kampung Bukit Kuda bagi menyaksikan Program Ceramah ‘Mengintai Syurga Dari Tirai Sebuah Keluarga’ anjuran Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Labuan, semalam.

Antara pengunjung yang hadir bersama keluarga.

Menurut satu kenyataan PUSPANITA Labuan, program yang menampilkan penceramah terkenal Syamsul Debat itu diadakan secara kolaborasi bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Jabatan Penerangan (JaPen) Labuan dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Labuan.

“Program ini mendorong masyarakat untuk mengutamakan konsep keluarga ‘Semakin Hari Semakin Sayang‘ di peringkat akar umbi selain membantu masyarakat Labuan mendapatkan ilmu dalam berhadapan isu-isu kekeluargaan serta tips dalam membina ‘Rumahku Syurgaku’.

Warga Labuan tidak melepaskan peluang beramah mesra bersama Syamsul Debat.

“Program ini turut memberikan inspirasi kepada masyarakat Labuan bahawa keluarga yang bahagia mampu menghasilkan masyarakat yang sejahtera sekali gus mencapai hala tuju ke arah pembentukan keharmonian keluarga sejagat di Labuan,” menurut kenyataan tersebut.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan merangkap Penasihat PUSPANITA Labuan Rithuan Mohd Ismail dan Pengerusi PUSPANITA Labuan Mirani Majidi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda