Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Kariah Masjid Kampung Perlis Terima Gerobak Rezeki

By 30 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Firdaus Abdul Rashid/Muhd Fakhruddin Mohd Khaderi (Barat Daya)

BALIK PULAU, 12 Mei (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua (TYT) Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak mengadakan kunjungan rasmi serta menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Perlis.

Yang Dipertua TYT Pulau Pinang menandatangani buku pelawat

Beliau turut sama menyaksikan program sumbangan Gerobak Rezeki, satu inisiatif di bawah Yayasan Amal Tuan Yang Terutama Pulau Pinang.

Penyampaian sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Yayasan Amal Pulau Pinang kepada Tarmizi Ahmad, selaku Pengerusi Masjid Kampung Perlis.

Tarmizi Ahmad, 58 menyatakan kunjungan TYT bersama Yayasan Amal Pulau Pinang adalah satu penghormatan yang besar.

Suasana sekitar Masjid Kampung Perlis

“Penduduk setempat berterima kasih atas keprihatinan Tun dan kami amat berbesar hati menerima kunjungan Tun pada hari ini,” katanya.

Turut serta dalam majlis adalah Timbalan Ketua Menteri YB Dato’ Dr. Mohamad Abdul Hamid, Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas YB Azrul Mahathir Aziz, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Betong YB Syukor Zakariah, dan Pegawai Daerah Barat Daya, Mohd Hafiz Aswad Nadzri.

-AA-

Tinggalkan komen anda