Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Kerajaan Johor Hargai Sumbangan Besar Jururawat

By 9 Jun 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 30 Mei (Malaysiaaktif) — Kerajaan Johor menghargai jasa dan pengorbanan barisan jururawat yang bertugas memberi rawatan terbaik kepada rakyat di negeri ini.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi merasmikan gimik perasmian Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2024 bertempat di Hospital Permai Johor Bahru

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh jururawat sangat besar dan mereka inilah yang banyak membantu membangunkan sektor kesihatan yang terbaik.

“Tugas jururawat sangat mencabar tanpa mengira waktu siang atau malam demi menjaga dan memastikan bangsa Johor berada dalam keadaan sihat dan selamat,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor di Kompleks Sukan, Hospital Permai.

Sementara itu, Kerajaan Johor memahami masalah infrastruktur yang dihadapi oleh jururawat, doktor dan kakitangan kesihatan di negeri ini yang perlu ditambah baik.

Barisan jururawat yang menghadiri sambutan Hari Jururawat Antarabangsa Peringkat Negeri Johor 2024 bersama Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

“Saya difahamkan kerajaan telah meluluskan peruntukan menaik taraf 465 bilik rehat di hospital untuk kakitangan dan Kerajaan Johor akan menambah lagi peruntukan bilik rehat untuk Pejabat Kesihatan Daerah dan Klinik Kesihatan di seluruh negeri Johor bermula tahun ini,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian Soon, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Ramlee Bohani dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Johor, Dr. Mohtar Pungut @ Ahmad.

-AA-

Tinggalkan komen anda