Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Kebersamaan PEPIAS dalam Solidariti Palestin

By 20 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

KUALA SELANGOR, 9 Jun (Malaysiaaktif) – Pengetahuan sebenar terhadap isu peperangan Palestin perlu disampaikan kepada umum bahawa jelasnya Palestin adalah tanahnya sendiri dan Israel hanya menumpang kepada negara tersebut.

Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata di atas faktor tersebut belia Selangor khususnya perlu memanfaatkan akses internet dengan baik supaya maklumat dapat disampaikan dengan jelas.

Selain Datuk Mohd Imran Tamrin, Presiden Majlis Belia Selangor, PEPIAS turut menampilkan Haikal Luqman Zulkefli, Pegawai Eksekutif Perhubungan Awam Cinta Gaza Malaysia sebagai ahli panel

“Segala yang disampaikan dalam internet tersebut perlu diperhalusi dan maklumat yang disampaikan biarlah tepat dan sahih.

“Kerajaan pada hari ini jelas dengan pendirian untuk membantu Palestin,” katanya di dalam Forum Belia MADANI anjuran Persatuan Pelajar Islam Selangor Darul Ehsan (PEPIAS) Cawangan Kuala Selangor yang berlangsung di Stadium tertutup Majlis Perbandaran Kuala Selangor, semalam.

Selain Forum Belia MADANI, PEPIAS Cawangan Kuala Selangor turut menganjurkan program KUSukan: Fun Run For Palestine di sekitar Bukit Melawati sepanjang 7.6 kilometer sebagai langkah solidariti saudara Islam kita di Palestin yang dijajah selama 76 tahun.

Sebanyak 300 orang menyertai larian tersebut yang berlangsung pagi tadi yang melibatkan pelbagai latar belakang masyarakat.

-AA-

Tinggalkan komen anda