Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

200 Peserta Meriahkan Program Jiwa Komuniti Madani Parlimen Mas Gading

By 1 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sumardi Sugiman/Denis Etem (Sarawak)

KUCHING (BAU), 1 Okt (Malaysiaaktif) – Tanpa mengira usia dan latar belakang seramai kira-kira 200 orang ahli daripada enam Komuniti MADANI di kawasan Parlimen Mas Gading merangkumi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tasik Biru dan DUN Opar telah berjaya mengambil bahagian dan memeriahkan program Jiwa Komuniti Madani Peringkat Parlimen di Dewan Serbaguna, Kampung Skiat Baru, di sini kelmarin.

Program tersebut merupakan anjuran bersama Jabatan Penerangan (JaPen) Daerah Bau dan Lundu serta Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru yang menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Barin (lima kiri) mewakili Ketua Komuniti Madani di kawasan Mas Gading menyampaikan cenderamata kepada Sumardi (empat kiri).

Dalam ucapannya, Pegawai Penerangan Daerah Bau Sumardi Sugiman menyeru Komuniti MADANI di kawasan Mas Gading agar sentiasa mengamalkan budaya berwaspada dalam segala perkara supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian dan buli siber.

“Saya menyeru Komuniti MADANI di kawasan ini sentiasa mengamalkan budaya berwaspada dalam segala urusan supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian dan buli siber yang boleh mengakibatkan kehilangan wang dan mengalami kemurungan,” jelasnya

Sumardi turut menasihati Komuniti MADANI di kawasan berkenaan agar menyemak terlebih dahulu di sebenarnya.my apabila berdepan berita atau kandungan yang meragukan di media sosial.

Katanya lagi, JaPen Bau dan Komuniti MADANI Kampung Skiat Baru selaku tuan pada tahun ini dengan dibantu biro wanita, belia dan penduduk kampung telah melaksanakan tugasan tersebut dengan cemerlang dan tahun hadapan giliran JaPen Daerah Lundu dan Komuniti Madani selianya menjadi tuan rumah.

Barin merakamkan ucapan terima kasih kepada JaPen Bau atas kejayaan membawa Kolej Komuniti Mas Gading dalam program ini.

“Kejayaan program kali ini adalah milik kita bersama dan tahun depan kami akan datang ke Daerah Lundu selaku tuan rumah untuk memeriahkan program yang sama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Komuniti Kampung Skiat Baru, Barin Niyat mewakili Komuniti MADANI di kawasan Parlimen Mas Gading merakamkan ucapan terima kasih kepada JAPEN Daerah Bau kerana berjaya membawa Kolej Komuniti Mas Gading untuk menyampaikan ceramah dan booth pameran pendidikan dalam program berkenaan.

Kerancakkan program itu terserlah dengan pelbagai pengisian menarik seperti ceramah, senamrobik, sukaneka, kuiz kenegaraan, pertandingan mewarna, sembang santai dan edaran bahan penerbitan, hebahan awam dan reruai Sudut Maklumat Rakyat JaPen Bau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda