
Laporan/foto: Zamrud Laili Mohd Mustap/Sufian Rashid
GEORGETOWN, 30 Okt (Malaysiaaktif) – Seorang nelayan yang mengalami kecederaan di kepala akibat kemalangan ketika menaiki bot dalam perjalanan pulang ke rumahnya melahirkan rasa terharu dan terima kasih apabila menerima bantuan sebanyak RM11,000 daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), di sini semalam.

Jimmy menyampaikan ucapan di Program Pemimpin Masyarakat bersama PERKESO Pulau Pinang.
“Saya menganggap sumbangan bantuan yang diberikan itu adalah hadiah Deepavali,” kata M. Muniandy.
Selain bantuan sumbangan wang tunai, M. Muniandy, 58, juga turut menerima bekalan lampin pakai buang secara berkala dan susu untuk kelangsungan hidup.
Bantuan tersebut disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Datuk Azrul Mahathir Aziz dan Pengurus Pejabat PERKESO Georgetown Jimmy Hendrick Kijon menerusi Program Pemimpin Masyarakat bersama PERKESO Peringkat Pulau Pinang.
Jimmy, berkata PERKESO bukan hanya tertumpu kepada golongan berkerjaya sebaliknya atas prinsip no one is left behind (tiada siapa yang tertinggal), PERKESO memperluaskan perlindungan keselamatan sosial khusus buat golongan suri rumah yang berumur di bawah 55 tahun di bawah perlindungan Skim Bencana Domestik dan Skim Keilatan dengan caruman serendah RM120 bagi tempoh 12 bulan.

Sesi bergambar.
“Di peringkat komuniti, Program Social Synergy dan Skuad Prihatin sentiasa menjadi mata dan telinga PERKESO dengan mewujudkan platform keselamatan sosial yang memberikan perkhidmatan secara langsung dan pantas kepada masyarakat,” katanya.
-ZS-