Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Permainan Sukaneka Meriahkan Hari Sukan Negara 2024

By 13 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Shahilawati Wan Baharuddin/Khairunnisa Ismail

KOTA BHARU, 13 Okt (Malaysiaaktif) – Pelbagai acara permainan sukaneka yang disertai oleh Komuniti MADANI sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijang sempena Hari Sukan Negara (HSN) 2024 di Che Deris Garden Cottage, di sini semalam.

Program bermula seawal pukul 7.00 pagi telah dimulakan dengan senamrobik yang disertai oleh ahli Komuniti MADANI dan diteruskan dengan permainan sukaneka seperti musang berjanggut, congkak, isi air dalam botol, batu, bawa bola pingpong dalam sudu dan tiup tepung.

Permainan musang berjanggut.

Menurut Ketua Komuniti MADANI Penambang Zakri Che Omar, 53, HSN merupakan platform terbaik untuk menyatukan masyarakat melalui sukan dan riadah.

“Program HSN ini dapat merapatkan hubungan antara satu sama lain serta menyuburkan semangat kesepakatan.

“Pengisian permainan sukanekan dan tradisonal juga memberi peluang kepada generasi muda untuk lebih mengenali permainan seperti musang berjanggut dan congkak dalam masa sama permainan ini mengimbau nostalgia,” jelasnya.

Sementara itu, Ketua Koordinator Program Jiwa Komuniti MADANI @Dun Kijang sempena Hari Sukan Negara Mohd Zamzuri salleh, 53, berkata program ini juga melibatkan anggota Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Kelantan bersama komuniti.

Peserta HSN 2024 di Che Deris Garden Cottage Pengkalan Chepa.

“Anggota JaPen Kelantan juga turut serta dalam acara riadah, senamrobik dan banyak kenangan manis yang dapat dirasai oleh peserta di mana gelagat dan aksi mereka berjaya menghidupkan dan menceriakan suasana.

“Selain itu, kegiatan sukan ini juga memberi impak besar kepada kesihatan supaya sentiasa cergas dan aktif,” ujarnya.

Mohd Zamzuri turut berharap supaya kerjasama sebegini akan diteruskan pada masa akan datang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda