
Laporan/foto: Hamidah Md Drus/Nurul Fariza Mohd Radzi (Pejabat Parlimen Kuala Pilah)
KUALA PILAH, 20 Oktober (Malaysiaaktif) – Seiring dengan kepesatan ekonomi dan kemajuan teknologi maklumat, usahawan terutamanya golongan muda perlu peka dengan dunia media sosial dengan menjadikannya sebagai platform pemasaran barangan.

Adnan bersama tetamu yang hadir.
Menurut Ahli Parlimen Kuala Pilah, Datuk Adnan Abu Hasan, dalam konteks perniagaan, usahawan terutamanya wanita yang ingin membantu menjana pendapatan keluarga, perlu peka dengan suasana perniagaan yang pesat, perlu celik teknologi maklumat.
“Kerajaan juga sentiasa menyokong dengan menyediakan bantuan perniagaan dari pelbagai agensi seperti MARA (Majlis Amanah Rakyat), Pusat Sebaran Maklumat Nasioanal (NADI) dan banyak lagi,” ujarnya ketika merasmikan forum yang bertajuk ‘Usahawan Muda Kreatif dan Media Sosial’, di senuah hotel, di sini semalam.
Forum tersebut berjaya menarik minat kira-kira 40 orang usahawan yang terdiri daripada pelbagai usia dan latar belakang yang baharu hendak berjinak-jinak dengan platform media sosial itu bertujuan memberi pendedahan bagaimana untuk memperluaskan lagi peluang perniagaan.

Peserta forum.
Sementara itu, menurut pemilik restoran Emamaryati Abdul Halim, 33, berkata dengan kemudahan Internet pantas, beliau dapat membantu memperluaskan perniagaan kedai kopi miliknya dan suami di kawasan Kuala Pilah.
“Pengetahuan mengenai pemasaran dan teknologi amat penting bagi menonjolkan perniagaan dan dikenali dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan,” katanya.
-ZS-