Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Hari Peringatan Perang Kenang Pengorbanan Tentera Komanwel dalam Perang Dunia Kedua

By 11 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Remembrance Day atau Hari Peringatan Perang disambut pada 11 November atau pada minggu kedua bulan November setiap tahun bagi mengenang kembali perajurit-perajurit yang terkorban semasa perang dunia kedua.

Antara kehadiran tetamu kenamaan dari dalam dan luar negara.

Menurut satu kenyataan Perbadanan Labuan (PL) semalam, upacara yang diadakan di Taman Peringatan Perang adalah bagi memperingati seramai 3,908 anggota tentera negara-negara Komanwel yang terkorban semasa Perang Dunia Kedua ketika menentang tentera Jepun di sekitar Borneo.

“Majlis itu dimulakan dengan pergerakan masuk pasukan pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mengiringi Virgil Guard atau Guard of Honour yang melibatkan pasukan keselamatan seperti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan PDRM.

“Upacara ini juga turut diiringi dengan bacaan doa di tiga kawasan berasingan mengikut agama tentera yang disemadikan iaitu tentera Islam, Kristian dan Hindu atau Sikh.

“Selain itu, majlis ini juga dilengkapi dengan upacara ketenteraan iaitu tatacara pertukaran Virgil Guard dan Last Post, Two Minutes Silence dan Reveille, kemuncak majlis adalah peletakan kalungan bunga oleh para tetamu kehormat serta diplomat dari dalam dan luar negara,” menurut kenyataan tersebut.

Antara tetamu kenamaan bersama veteran tentera bergambar kenangan.

Majlis ini turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Tinggi atau wakil Pesuruhjaya Tinggi khasnya dari Negara-Negara Komanwel berserta keluarga perajurit-perajurit yang yang terlibat dalam Perang Dunia Kedua.

-ZS-

Tinggalkan komen anda