Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Komuniti MADANI Seberang Perai Selatan Cakna Belanjawan 2025

By 11 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

SUNGAI ACHEH, 11 Nov (Malaysiaaktif) – Taklimat Belanjawan 2025 Daerah Seberang Perai Selatan telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Sungai Acheh, kelmarin.

Seramai 50 orang hadir terdiri daripada ketua-ketua dan ahli-ahli Komuniti MADANI daerah Seberang Perai Selatan yang merupakan kumpulan perantara Jabatan Penerangan (JaPen) dalam menyampaikan maklumat serta dasar-dasar kerajaan.

Jamil Zainul menyampaikan Taklimat Belanjawan 2025 kepada peserta yang hadir.

Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail, berkata dalam ucapanya tujuan utama sesi taklimat ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat yang sahih dan tepat kepada masyarakat.

Menurutnya lagi perkara ini penting kerana ianya akan menjadi sumber rujukan ahli-ahli Komuniti MADANI menyampaikan maklumat yang jelas kepada masyarakat setempat mengenai usaha kerajaan membantu rakyat.

Penolong Pengarah Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat, JaPen Negeri Pulau Pinang, Izzudin Barahim dalam Taklimat Belanjawan 2025 turut menyatakan bahawa belanjawan ini merangkumi aspek sosial, ekonomi, infrastruktur, serta kesejahteraan rakyat.

Sementara itu, Jamil Zainul Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah, melalui taklimatnya ‘Kos Sara Hidup – Pembangunan Ekonomi’ berkata bantuan yang disediakan kerajaan merangkumi semua golongan lapisan masyarakat.

Sesi Kedua Taklimat disampaikan oleh Izzudin Barahim.

“Setiap golongan masyarakat menerima bantuan yang sewajarnya namun jumlah yang diterima tidak sama kerana mengikut pada keperluan serta kelayakkan individu,” katanya.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  Datuk Rashidi Zinol bersama pegawai dan kakitangan Pejabat Khidmat ADUN Sungai Acheh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda