Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahWilayah Persekutuan

Anugerah Seni Negara Kembali Selepas 15 Tahun

By 10 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hisham Salleh

KUALA LUMPUR, 10 Nov (MalaysiaAktif) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan menganjurkan semula Anugerah Seni Negara (ASN) 2024 setelah 15 tahun tidak diadakan sebagai penghormatan tertinggi kepada penggiat seni yang berjasa dalam membangunkan seni budaya Malaysia.

Majlis ini akan disempurnakan oleh Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah pada 13 November 2024 bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.

ASN 2024 pada tahun ini menawarkan empat (4) kategori utama anugerah iaitu Anugerah Seniman Negara, Anugerah Khas ASN 2024: Biduan Negara, Anugerah Karyawan Seni dan Anugerah Pendukung Seni.

ASN mula diperkenalkan pada tahun 1993 dengan mengiktiraf pencapaian luar biasa penggiat seni dalam pelbagai cabang seni seperti muzik, tari, lakon, kraf dan seni visual.

-HS-

Tinggalkan komen anda