Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kebersihan Tandas Tanggungjawab Bersama

By 27 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norlia Mili (Sarawak)

KUCHING, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Kesedaran tentang kebersihan tandas tidak hanya terletak pada pihak berkuasa tempatan (PBT) atau pengurus premis semata-mata.

Sebaliknya semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing agar tandas sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan selesa digunakan.

Hilmy ketika menyampaikan ucapan.

Bagi menggalakkan kebersihan tandas diutamakan, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) telah memberikan pengiktirafan kepada pemilik premis yang menjadikan kebersihan itu sebagai amalan.

“Saya berasa bangga kerana usaha saya dan pekerja untuk menyediakan tandas yang bersih, selesa dan selamat kepada para pelanggan kami, mendapat pengiktirafan daripada PBT,” kata pemilik Stesen Shell PJSS Enterprise Laura Hartini, 52, yang ditemui pada Karnival Kesihatan dan Kelestarian Alam Sekitar, di sini kelmarin.

Menurut Laura, pengiktirafan itu menjadi pemangkin untuk mereka bekerja lebih keras dalam menyediakan kemudahan tandas yang bersih dan selesa kepada semua pengguna jalan raya.

Pemenang-pemenang bagi kategori Tandas Terbaik, Seni Kolaj Bekeluarga, poster Kesihatan Persekitaran dan ‘Recycle Fashion Show’ merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat.

“Pekerja diberi tanggungjawab untuk membersihkan tandas secara berkala bagi memastikan tandas di premis kami sentiasa bersih,” katanya.

Stesen Shell PJSS Entereprise, telah dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Tandas Terbaik (5 Bintang) 2024 bagi kategori Stesen Minyak dan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.

Anugerah telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti) Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab DBKU Datuk Abdul Rahman Junaidi.

Semasa berucap pada majlis penangguhan karnival anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara itu, Datuk Bandar Datuk Hilmy Othman menyeru agar orang ramai untuk turut terlibat sama dalam menjaga kebersihan dan bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif untuk memastikan masyarakat hidup dalam bandar yang lestari dan mampan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda