Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPerak

Projek Ladang Rakyat Perak SADC Beri Manfaat kepada 250 Penerima

By 27 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Wan Izati/Shahrul Azril (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Sebanyak RM75,000 disumbangkan oleh Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) kepada 250 penerima terdiri daripada penduduk sekitar daerah ini.

Syed Aris ketika berucap mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC.

Menurut Pengurus Unit Projek Usahawan SADC Syed Aris Syed Akmal Beg, penerima menerima wang agihan keuntungan Ladang Rakyat Perak SADC sebanyak RM300 seorang.

“Tahun ini adalah tahun keenam majlis agihan ini diadakan di daerah Kuala Kangsar dan para penerima turut dibekalkan dengan satu goodies bag mengandungi beras, gula, susu dan sebagainya. Perak SADC mula memajukan Projek Ladang Rakyat sejak pertengahan tahun 1980 bermula dengan pembukaan Ladang Rakyat Ayer Kuning.

Barisan tetamu kehormat bersama penerima sumbangan semasa majlis perasmian.

“Ketika itu, projek ini dimulakan dengan tiga daerah sahaja iaitu daerah Perak Tengah, Larut Matang dan Selama serta Batang Padang sehingga diperluaskan kepada semua daerah dalam negeri Perak sejak tahun 2019,” katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Agihan Keuntungan Ladang Rakyat Daerah Kuala Kangsar di Arena Terbuka Sayong Lembah, di sini kelmarin.

Acara penyampaian agihan diserikan dengan kehadiran Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak Datuk Mohd Zolkafly Harun dan Pegawai Daerah Kuala Kangsar Muhammad Nazri Abdullah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda