Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Dbook JaPen Aplikasi Pantas Akses Maklumat Sahih

By 27 November 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 27 Nov (Malaysiaaktif) – Aplikasi Dbook JaPen yang diperkenalkan oleh Jabatan Penerangan mendapat reaksi positif pengguna dalam menyampaikan maklumat yang sahih sekali gus mudah diakses.

Platform digital ini memudahkan orang ramai untuk mendapatkan informasi terkini merangkumi pelbagai aspek seperti ekonomi, sosial, politik, kesihatan, pembangunan dan pendidikan.

Salah seorang pengguna mencuba aplikasi Dbook JaPen.

Seorang pengguna Fatin Liyana Mohd Rosli, 28, berpandangan bahawa platform ini adalah satu langkah proaktif yang memberi jaminan kepada masyarakat untuk mendapatkan sumber maklumat yang benar dan tepat.

“Aplikasi ini sangat memudahkan saya mendapatkan maklumat tentang dasar-dasar kerajaan, skim bantuan kepada golongan memerlukan, dan isu-isu semasa,” katanya.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail, aplikasi ini menyediakan maklumat terkini yang tepat dan relevan.

“Orang ramai kini dapat mengakses pelbagai informasi penting dengan lebih mudah, termasuk penjelasan daripada pihak kerajaan untuk menyangkal isu-isu negatif atau fitnah yang sering disebarkan di media sosial,” jelasnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda