
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 9 Nov (Malaysiaaktif) – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mempertimbangkan untuk menjadikan Labuan sebagai tuan rumah Program ASEAN Untuk Belia pada tahun hadapan.
Menurut Menterinya Hannah Yeoh, setiap kementerian akan mewujudkan program masing-masing bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Malaysia.

Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan, Simsudin Sidek (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Hannah.
āKementerian-kementerian digalakkan untuk mencari lokasi di luar Kuala Lumpur dan kita akan mempertimbangkan Labuan sebagai tuan rumah program belia di bawah KBS,ā katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Sukan Perpaduan Wilayah Persekutuan Labuan 2024 dan Sesi Libat Urus NGO Belia dan Sukan Bersama Menteri Belia dan Sukan, di sini kelmarin.
Jelasnya lagi, KBS turut diminta untuk melihat potensi Labuan sebagai tuan rumah Ekspo Industri Sukan 2025.
āKita akan bawa industri sukan dari Semenanjung Malaysia dan membantu mengaktifkan merancakkan ekosistem sukan dan belia di pulau ini,ā jelasnya.

Hannah (tiga dari kanan) memberi penerangan mengenai Pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi perbelanjaan peralatan dan aktiviti sukan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Beliau juga menyeru persatuan sukan dan belia memohon Geran Padanan Sukan dan dana sukan komuniti.
āKita ingin peruntukkan berkenaan tidak hanya tertumpu di Semenanjung Malaysia malah dapat dimanfaatkan oleh NGO (pertubuhan bukan kerajaan) belia dan sukan di Sabah, Sarawak dan Labuan,ā katanya.
-ZS-