Laporan/video: Faizzad Kamal/Shahrizan Ismail (Batang Padang)
TAPAH, 3 Okt (MalaysiaAktif) – Penternakan akuakultur merupakan satu bidang perniagaan yang sangat mencabar dan memerlukan usaha dan ilmu yang tinggi.
Namun bagi pengusaha ikan air tawar Ahmad Muttaqin Khairul, 29, bidang ini memberikan kepuasan dan keseronokan kepadanya apatah lagi setelah dinobatkan sebagai Ikon Belia Tapah sempena Maal Hijrah 2023 Daerah Batang Padang.
“Ikan tilapia dan ikan keli sering mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan penternak dan peniaga restoran makanan.
“Oleh itu, kepada belia yang berminat untuk menceburi bidang penternakan akuakultur, dapatkan ilmu dan pengalaman daripada Jabatan Perikanan dan agensi yang berkaitan seterusnya persiapkan diri bagi menghadapi pelbagai cabaran tanpa putus asa,” katanya.
-ZS-