Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar perlu Menguasai Teknik Menjawab Soalan untuk Mendapat Keputusan Cemerlang

By 15 November 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: A. Prabagaran Assaithampi (Petaling)

SHAH ALAM, 15 Nov (Malaysiaaktif) – Pelajar dinasihatkan supaya menguasai teknik-teknik menjawab soalan untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan akan bermula pada 2 Disember ini hingga 6 Februari 2025 nanti.

Pelajar-pelajar sedang mendengar penerangan daripada penceramah mengenai teknik menjawab soalan.

“Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah merancang beberapa bengkel bagi membantu pelajar SPM menghadapi peperiksaan tersebut yang akan bermula pada bulan Disember nanti.

“Bengkel teknik menjawab soalan bagi subjek bahasa Tamil ini dapat membantu pelajar dalam membuat persediaan awal untuk menduduki peperiksaan,” kata Penolong Pengarah Bahasa Tamil Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Senguthuvan Veeran.

Senguthuvan berkata demikian di Bengkel Teknik Menjawab Soalan yang dihadiri lebih 400 calon SPM dari 31 buah sekolah menengah di Petaling Perdana yang berlangsung di Sungai Rengam Convention Centre ( SRCC), di sini semalam.

Menurutnya lagi, bengkel itu juga dapat membantu pelajar menguasai beberapa teknik menjawab mengikut skema pemarkahan yang diperlukan.

Senguthuvan (kanan) menyampaikan cenderamata kepada Padmanathan Krishnan (kiri) Pengerusi Pertubuhan Penyokong Bekas Pelajar SJKT Sungai Rengam, Shah Alam.

Bengkel berkenaan dikendalikan pesara guru bahasa Tamil berpengalaman iaitu Cikgu Parathaman dan Cikgu Amutha Kannan.

Program berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Sungai Rengam dan Pertubuhan Kumpulan Penyokong Bekas Pelajar serta Persatuan Bekas Pelajar SJKT Sungai Rengam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda