Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Bersama Melawan AIDS: Kesedaran, Pencegahan dan Harapan

By 2 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa

KOTA TINGGI, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Hari AIDS Sedunia dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Daerah Kota Tinggi dengan tema ‘Bersama Melawan AIDS: Kesedaran, Pencegahan dan Harapan’ telah berlangsung di Astaka Budaya, di sini semalam.

Sambutan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit virus human immunodeficiency (HIV), mengingati orang tersayang yang telah meninggal dunia akibat sindrom kurang daya tahan (AIDS), menunjukkan solidariti dengan orang yang hidup dengan HIV serta meraikan kehidupan dan kesihatan.

Reruai pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan daerah Kota Tinggi.

Pegawai Kesihatan Daerah Kota Tinggi Dr. Roslinda A Rahman, berkata sambutan ini adalah satu hasrat dalam masyarakat menuju ke arah negara sifar AIDS.

“Tema pada tahun ini menggalakkan orang ramai hadir ke hospital untuk berjumpa doktor serta mendapatkan ujian darah bagi mengetahui status kesihatan. Ini adalah kerana mereka yang dijangkiti AIDS tidak mengetahuinya dan tanpa disedari menyebarkan penyakit melalui hubungan seksual tanpa perlindungan.

“AIDS boleh dicegah dan orang yang menghidapinya boleh menjalankan kehidupan yang sihat dengan jangka hayat yang sama seperti orang lain. Dengan adanya kesedaran tentang AIDS dan bagaimana ia dapat menular, kita sama-sama boleh mencegah dan menjadikan negara sifar AIDS menjelang tahun 2030,” ujarnya.

Reruai pameran dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

Pelbagai aktiviti berlangsung sepanjang program diadakan antaranya adalah Larian Kota Tinggi Tanpa AIDS, AIDSplorace, sesi podcast dan pemeriksaan kesihatan.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Mohd Syamsuri Mohamad, Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga Daerah Kota Tinggi Dr. Norlizah Paidi dan ketua-ketua jabatan daerah Kota Tinggi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda