Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Pertandingan Memancing Rai Pengamal Media Melaka

By 2 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari/Facebook PENDIKA

ALOR GAJAH, 2 Dis (Malaysiaaktif) – Pengamal media di negeri Melaka diraikan dalam satu program Media Memancing 2024 yang diadakan di Sungai Pengkalan, di sini semalam.

Fairul ketika menyampaikan ucapan.

Program yang julung kali dianjurkan oleh Kelab Pengamal Media Melaka (PENDIKA) ini merupakan aktiviti tahunan ahli dan kelab tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan, program bertujuan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan pengamal media yang terdiri daripada wartawan, jurukamera dan juruaudio di negeri Melaka.

“Selain itu, ianya juga sebahagian daripada platform promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),”ujarnya.

Fairul Nizam Roslan melepaskan 20 ribu ekor ikan lampam di Sungai sempena Program Memancing Media 2024.

Dalam pada itu sebanyak 20 ribu ekor ikan lampam sungai telah disumbangkan oleh Jabatan Perikanan Negeri Melaka kepada Sungai Melaka Kampung Pengkalan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda