Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Tapak Pesta Kaul Oya – Lokasi Rehat Minda Hujung Minggu di Oya

By 11 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shahfiq Aqmal Akil (Sarawak)

OYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Tapak Pesta Kaul Oya atau Benteng Kawalan Hakisan Pantai di Kampung Kuala Hilir Oya di sini telah menjadi tumpuan penduduk setempat pada hujung minggu untuk tujuan healing atau rehat minda bersama keluarga dan rakan-rakan.

Tapak Pesta Kaul Oya yang sesuai untuk melihat matahari terbenam.

Lokasi ini adalah di antara tempat yang harus dikunjungi untuk melihat keindahan alam, mendengar deburan ombak dan merasai tiupan angin segar akan membuatkan lagi diri menjadi lebih tenang.

Para pengunjung juga boleh merasai jualan para peniaga yang menjual pelbagai makanan dan ada juga kedai makan yang terdapat berhampiran Tapak Kaul Oya dan ianya sekali gus meningkatkan lagi pendapatan ekonomi penduduk setempat.

Menurut salah seorang ahli jawatankuasa tapak jualan tersebut yang juga peniaga makanan, Ibrahim Nua, 49, beliau gembira dengan sambutan yang diberikan.

Antara gerai jualan yang menjual pelbagai makanan.

“Saya bersyukur kerana sambutan sangat menggalakkan dan ada pelanggan tersendiri yang sentiasa mengunjungi Tapak Kaul Oya,” katanya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Selain itu, terdapat juga tempat permainan kanak-kanak, kemudahan tempat parkir kereta, inap desa dan gelanggang sepak takraw yang disediakan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda