Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Terap Nilai Perpaduan dari Usia Kanak-Kanak

By 11 Disember 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syahirah Hashim/Hizami Hanip (Petaling)

SUBANG JAYA, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Dalam usaha membina masyarakat yang harmoni, Pengarah Jabatan Perpaduan Integrasi Nasional Negeri Selangor (JPNIN), Burhanudin Daud, menggesa agar ibu bapa memainkan peranan penting dalam memupuk semangat perpaduan di kalangan anak-anak sejak usia muda.

Burhanudin ketika merasmikan Program Pintar Kreatif Peringkat Daerah Petaling 2024

Bercakap semasa merasmikan Program Pintar Kreatif di Summit USJ Mall semalam, Burhanudin menekankan kepentingan pergaulan tanpa mengira latar belakang etnik di Tabika Perpaduan di seluruh Negeri Selangor.

Burhanudin ketika melawat reruai pameran inovasi oleh guru-guru Tabika Perpaduan Daerah Petaling sempena Program Pintar Kreatif

“Semangat perpaduan perlu dipupuk dari usia lima hingga enam tahun, di mana anak-anak berinteraksi dan belajar untuk saling menghormati serta menyayangi,” ujarnya.

Penyertaan dari berbilang bangsa melalui pertandingan ‘Action Song’ melibatkan anak anak tanpa melihat pada warna kulit sebaliknya lebih kepada perasaan kasih dan sayang di antara mereka.

“Ini secara tidak langsung mendidik kita sebagai ibu dan  bapa bahawa hubungan baik di antara anak–anak ini perlu dijadikan contoh teladan buat semua ibu bapa di negara ini,” katanya.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Perpaduan Daerah Petaling ini menyaksikan penyertaan 22 Tabika Perpaduan dari seluruh daerah Petaling.

Pelbagai pertandingan menarik diadakan termasuk membaca secara spontan keratan akhbar Bahasa Melayu dan buku cerita pendek Bahasa Inggeris.

Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Petaling, Mohd Firdaus Sulaiman dan Pengurus Summit USJ Mall Subang Jaya, Saw Poh Chuan.

-AA-

Tinggalkan komen anda