Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Enam PPS Dibuka di Maran

By 11 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Surina Simat

MARAN, 11 Dis (Malaysiaaktif) – Enam pusat penempatan sementara (PPS) dibuka di daerah ini berikutan hujan berpanjangan menyebabkan kawasan rumah penduduk dinaiki air.

Penduduk dinasihatkan agar mematuhi arahan sekiranya diarah berpindah.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Maran Kapten (PA) Mohd Nor Azhar Yusof, berkata pihaknya menerima laporan malam tadi (Isnin) berkaitan kenaikan air di beberapa kawasan dan terus membuka PPS di kawasan terlibat.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Luit, Kampung Ulu Luit, Kampung Bukit Kuin dan Kampung Paya Chendong” ujarnya semalam.

Tambahnya lagi, pihak Angkatan Pertahanan Awam selaku Sekretariat Pengurusan Bencana di daerah turut bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain antaranya Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi melancarkan pengurusan bencana di daerah Maran.

Setakat ini, seramai 160 penduduk terjejas akibat banjir tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda