Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

KPDN Pahang dan PDRM Tumpaskan Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel

By 17 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Zayana Isa/ KPDN Pahang

KUANTAN, 17 Jan (MalaysiaAktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pahang bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berjaya menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel disyaki bersubsidi di jeti pendaratan ikan Tanjung Gemuk, di sini, semalam.

Operasi Bersepadu OPS Tanjung antara KPDN Pahang dan PDRM Bukit Aman berjaya menemui minyak diesel yang disimpan di jeti ini

Menurut Pengarah KPDN Pahang Jezlily Jamaluddin, pemeriksaan yang dijalankan di jeti berkenaan mendapati stok simpanan minyak diesel melebihi had limit yang dibenarkan dalam Permit Kawalan Barang Berjadual.

KPDN Pahang memandang serius sebarang aktiviti yang melanggar perundangan

“Nilai rampasan bagi operasi ini ialah RM319,500.00 yang melibatkan rampasan cecair yang disyaki minyak diesel bersubsidi dianggarkan 95,000 liter bersamaan anggaran RM256,500.00 dan juga sitaan melibatkan lima unit skid tank berkapasiti antara 18,000 liter sehingga 30,000 liter dengan nilai anggaran RM63,000.00,” katanya dalam satu kenyataan media.

KPDN Pahang mengingatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan.

-AA-

Tinggalkan komen anda