Laporan/foto: Wee Kim Been/Mohd Zulfadli Ab Hamid
MACHANG, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Program Sejahtera Komuniti MADANi (SejaTi MADANI) merupakan inisiatif baharu Kerajaan bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti dengan peruntukan keseluruhan RM1 bilion yang disediakan menerusi Belanjawan 2025.
Menurut Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Penyatuan aan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Wan Adnan Wan Abdul Aziz, SejaTI MADANI merupakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sekadar mewujudkan peluang pekerjaan baharu di kalangan komuniti, bahkan menjana pendapatan penduduk setempat.
“Menerusi SejaTi MADANI kerajaan menyediakan pemberian dana antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti yang berlayakan.
“Inisiatif kerajaan melalui pemberian dana SejaTI MADANI merupakan usaha kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar serta dapat mengimbangi kos sara hidup dalam kalangan rakyat,” ujarnya semasa merasmikan Ladang SejaTi MADANI Kampung Kemunchup, di sini semalam.
Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Machang Wan Seman Wan Bedollah dan Ketua Komuniti MADANI Kemunchup Mohd Nawai Shayal.
-ZS-