Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Asas Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Serlah Potensi Anak Bangsa

By 3 jam yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 10 Jan (MalaysiaAktif) – Pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa depan yang cemerlang.

Pendidikan di awal usia ini juga menjadi asas kepada pembangunan sahsiah serta potensi individu di sampinh memastikan anak muda bersedia menghadapi cabaran dunia moden.

Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandy berkata, ibu bapa dan guru memainkan peranan yang penting bagi memastikan anak-anak mendapat asas pendidikan yang kukuh.

Andi menyampaikan ucapan perasmian Program Pintar Kreatif dan Hari Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Tawau 2024 semalam.

Jelasnya, anak-anak pada hari ini adalah pewaris negara kita di masa depan yang akan meneruskan dan memajukan negara kita.

“Pendidikan awal yang diberikan hari ini akan menjadi asas kepada kejayaan mereka di masa hadapan. Mereka adalah cerminan negara kita dan di sinilah, di peringkat tabika inilah, segala potensi dan bakat mereka dibentuk.

Kita perlu menyedari bahawa masa depan anak-anak kita bergantung kepada asas yang kita tanamkan hari ini. Melalui pendidikan awal yang berkualiti, mereka akan lebih bersedia menghadapi segala cabaran di masa hadapan,” katanya ketika merasmikan Program Pintar Kreatif dan Hari Konvokesyen Tabika Perpaduan Daerah Tawau 2024 pada Khamis.

Beliau turut menegaskan kepentingan pendidikan awal kanak-kanak, khususnya di prasekolah dan Tabika Perpaduan yang dikelola oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) menerusi Program Pintar Kreatif.

Program ini platform kepada kanak-kanak untuk mengasah kreativiti dan bakat mereka yang bukan sahaja mengutamakan pendidikan akademik, tetapi juga menggalakkan perkembangan sosial dan emosi melalui aktiviti kreatif seperti tarian, seni lukis, dan nyanyian.

Andi menyampaikan sijil tamat persekolahan kepada salah seorang murid Tabika Perpaduan Daerah Tawau semalam.

Tambah beliau, pendidikan awal yang diberikan hari ini akan menjadi asas kepada kejayaan mereka di masa hadapan. Mereka adalah cerminan negara kita dan di sinilah, di peringkat tabika inilah, segala potensi dan bakat mereka dibentuk.

-RJ-

Tinggalkan komen anda