Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Majlis Apresiasi KEMAS Kuala Kangsar Rai 140 Kanak-Kanak

By 17 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Muhammad Abdul Hadi (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 10 Jan (Malaysiaaktif) – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Parlimen Kuala Kangsar meraikan 140 kanak-kanak terdiri daripada Tabika KEMAS dan Taska KEMAS dalam satu Majlis Apresiasi 2024 di Dewan Tun Salleh Ismael, Kompleks Perumahan Polis, di sini kelmarin.

Maslin Sham ketika berucap merasmikan majlis.

Pegawai Khas kepada Menteri Besar Perak (DUN Bukit Chandan) Datuk Maslin Sham Razman, berkata terdapat sebanyak 23 buah Tabika KEMAS dengan kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun sementara dua buah Taska KEMAS dengan kanak-kanak berumur dua hingga empat tahun di Parlimen ini.

“Semua kelas Tabika berprestasi cemerlang kerana banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti seperti Hari Potensi Kanak-Kanak dan lain-lain aktiviti di luar jabatan.

“Harapan negara untuk anak-anak ini cukup besar, maka kita perlu berusaha untuk memastikan anak-anak ini mendapat didikan yang sempurna agar kita dapat melahirkan bakal pemimpin dan tenaga kerja yang baik pada masa hadapan,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Penyampaian sijil kepada kanak-kanak Tabika dan Taska KEMAS.

Hadir sama Pegawai Unit Khidmat Pengurusan KEMAS Perak Zulkefli Ramly, Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah ASP Ahmad Hamzah Kasdi dan Pegawai KEMAS Daerah Salehah Jusoh.

-ZS-

Tinggalkan komen anda