
Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)
MELAKA, 21 Jan (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri terus komited membantu golongan yang memerlukan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2025 dengan menyalurkan sumbangan yang akan memberi manfaat kepada 140 penerima di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya.

Ucapan perasmian
Penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin.

Sesi bergambar bersama penerima-penerima sumbangan
Menurut Kalsom Noordin, setiap musim perayaan, kita dapat melihat kesungguhan rakyat setempat dalam membuat persiapan untuk menyambutnya. Namun, tidak semua bernasib baik.
Oleh itu, kerajaan negeri mengambil langkah proaktif dengan menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan sebagai tanda keprihatinan dan usaha memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
“Program ini mencerminkan semangat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum serta usaha kerajaan negeri dalam memperkukuhkan keharmonian dan integrasi, yang mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya negeri ini,” katanya ketika merasmikan
program tersebut bertempat di Dewan Kompleks JAPERUN Pengkalan Batu, pagi tadi.
Turut hadir, Timbalan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Leng Chau Yen serta Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka Halyjah Muhamad.
-AA-