Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Khatan Perdana: Bayi Tiga Bulan Peserta Termuda Program Berkhatan

By 21 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zurina Saad (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 21 Jan (Malaysiaaktif) – Sejarah dan pengalaman manis tercipta apabila seramai 140 orang kanak-kanak berumur tiga bulan hingga 12 tahun diraikan oleh kakitangan Caltex Tikam Batu dalam Program Khatan Perdana yang diadakan sempena cuti persekolahan, di Berangan Aqua Park, di sini hari ini.

Kamarol beramah mesra bersama dengan salah seorang peserta

“Saya yakin dengan kepakaran petugas serta kaedah yang digunakan adalah bersih dan selamat serta cepat sembuh selain tertarik dengan tajaan daripada Caltex,” ujar Siti Hajar Che Jailani 34, yang anaknya berusia enam tahun dan bayinya berusia tiga bulan yang menjadi peserta termuda dikhatankan.

Menurut Pengurus Caltex Tikam Batu Kamarol Bahren Said, beliau terpanggil untuk bersama menaja program ini kerana ingin mendekatkan jenama stesyen minyak ini dengan komuniti setempat .

“Ia juga sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat syarikat ini terhadap masyarakat setempat selain ia sebagai insentif kepada masyarakat yang tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menghantar anak-anak berkhatan di klinik-klinik swasta atau kerajaan.

140 orang kanak-kanak teruja dan bersedia untuk dikhatankan.

“Istimewanya pada kali ini kanak-kanak dihadiahi dengan sebuah kereta kawalan jauh seusai berkhatan selain turut menerima wang tunai, T-shirt dan wang tunai bagi mengurangkan rasa debar dan galakan kepada setiap peserta serta mengembirakan kanak-kanak yang di khatankan,” katanya.

Terdahulu kanak-kanak ini telah bermandi-manda di kolam Berangan Aqua Park ini selama lebih satu jam sebelum dikhatankan oleh tukang khatan bertauliah Zulkifli Kader, 63, yang mempunyai pengalaman lebih daripada 34 tahun dan dibantu oleh enam orang pembantu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda