Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

PUSPANITA Sipitang Perkukuh Peranan Wanita Dalam Pembangunan Komuniti

By 23 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mc Denver L. Toni (Sipitang)

SIPITANG, 05 Feb (MalaysiaAktif) – Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) merupakan elemen penting bagi memperkukuh peranan wanita dalam sektor awam.

Penasihat PUSPANITA Daerah Sipitang, Abd Karim A.M Zahari berkata, PUSPANITA juga penting dalam memberikan impak positif terhadap pembangunan sosial, ekonomi, dan kesejahteraan komuniti.

“Peranan wanita dalam sektor awam amat penting dan PUSPANITA perlu terus bergerak proaktif dalam memastikan kelangsungan dan kemajuan persatuan ini, selain dedikasi dan iltizam ahli PUSPANITA adalah kunci untuk membawa persatuan ini ke tahap yang lebih cemerlang.

Abd Karim ketika berucap merasmikan merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 PUSPANITA Cawangan Daerah Sipitang.

“Saya menyeru agar kita semua bekerja sebagai satu pasukan, memperkukuh kerjasama antara satu sama lain dan sentiasa proaktif dalam memperluas jaringan kerjasama dengan pelbagai pihak seperti Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) dan Persatuan Warga Emas (PAWE) demi memperkasakan wanita di semua peringkat,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-35 PUSPANITA Cawangan Daerah Sipitang di Dewan Perpustakaan Sipitang di sini pada Selasa.

Menyedari pesatnya perkembangan teknologi, beliau mencadangkan agar PUSPANITA memanfaatkan kemajuan tersebut termasuk kecerdasan buatan (AI) untuk menyumbang dalam setiap aspek pembangunan negara.

“Kemajuan teknologi kini membuka peluang besar untuk memperkasakan wanita. PUSPANITA perlu bergerak seiring dengan perubahan ini untuk memberi impak yang lebih besar,” ujarnya.

Turut hadir semasa mesyuarat tersebut ialah Pengerusi PUSPANITA Cawangan Sipitang, Kartinah Mohd Noor.

-RJ-

Tinggalkan komen anda