Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

MTQ: Memperkukuh Ukhuwah dan Pembangunan Rohani

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dg Yusridah Asrin (Tuaran)

TUARAN, 05 Feb (MalaysiaAktif) – Penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) wajar dilihat dalam aspek lebih luas serta pengisiannya yang memberi memberi impak positif dalam pembangunan rohani dan keharmonian masyarakat.

Penolong Pegawai Daerah Tuaran, Alfian Rahim berkata, musabaqah ini menyumbang manfaat yang besar iaitu dengan memperkukuh ukhuwah Islamiyah dan memupuk kecintaan terhadap al-Quran dalam masyarakat.

Alfian berharap program ini dapat memperkukuh ukhuwah Islamiyah masyarakat Tuaran.

“Program ini diharapkan bukan sahaja memberikan manfaat kepada masyarakat Tuaran, tetapi juga memperkukuh ukhuwah Islamiyah serta mendorong generasi muda untuk lebih mendalami dan menghayati al-Quran dalam kehidupan mereka,” katanya ketika ditemui pada MTHQ di Dewan Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Sama di Tuaran semalam.

Sementara itu, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sulaman, Murneh Lamsari, 67 yakin program seumpannya perlu diteruskan di peringkat akar umbi.

“Program seperti ini perlu diteruskan di peringkat akar umbi untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam bidang tilawah dan hafazan, supaya kita dapat melahirkan generasi muda yang berbakat dan berwibawa dalam memartabatkan al-Quran,” katanya.

Bagi Pemimpin Pembangunan Masyarakat Pantai Dalit, Irwandie Matshah, 49, beliau berharap lebih ramai peserta akan melibatkan diri dalam pertandingan ini pada masa hadapan.

“Saya harap agar latihan khusus diberikan kepada peserta untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik dalam acara-acara akan datang, bagi memastikan mereka dapat memberikan persembahan yang lebih cemerlang dan berdaya saing,” ujarnya.

Antara peserta Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran  Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan semalam.

Untuk makluman seramai 32 peserta menyertai pertandingan Majlis Tilawah dan Hafazan Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan dengan dua kategori iaitu Majlis Tilawah Al-Quran kategori remaja dan dewasa.

MHTQ Peringkat Bahagian Pantai Barat Selatan ini menyaksikan Zunaidi @ Ady Bin Misdaranai dinobatkan sebagai johan qari, manakala Pangiran Dg Saliah Awang Salleh pula meraih gelaran johan qariah dengan masing-masing mewakili Bahagian Pantai Barat Selatan ke Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri.

-RJ-

Tinggalkan komen anda