Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

AMANITA – Perkasa Keselamatan Komuniti

By 5 Februari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lydia Humphery Tungkat/Kasmini Hasbi (Sarawak)

KUCHING, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Inisiatif Skuad Aman Wanita (AMANITA) oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertujuan mengiktiraf peranan penting wanita khususnya suri rumah tangga dalam usaha memperkasakan keselamatan komuniti.

Sarjan Helmiza Miri (tengah) ketika pameran AMANITA.

Dikenali sebagai ‘Peace Lady’, anggota polis wanita ini mendekati komuniti dengan berpakaian korporat ungu muda bersama logo Sang Saka Biru bagi meningkatkan kesedaran keselamatan dan membantu membanteras jenayah.

Menurut Sarjan Helmiza Miri, 49, kaum wanita lebih mudah didekati dan berperanan penting dalam memastikan kesejahteraan komuniti.

“Mereka boleh menjadi mata dan telinga kejiranan, melindungi keluarga dan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih selamat,” katanya, di sini semalam.

Sarjan Helmiza Miri yang bertugas di Unit Rondaan Bermotosikal, Bahagian Pencegahan Jenayah Dan Keselamatan Komuniti, IPD Kuching.

Tambahnya, mereka juga menggalakan suri rumah menggunakan telefon pintar untuk menyalurkan maklumat dengan melaporkan kejadian yang mencurigakan atau jenayah menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

“Penyampaian maklumat lebih mudah dan tidak perlu ke mana-mana balai polis.

“Oleh itu, jangan khuatir untuk melaporkan sebarang perbuatan jenayah menerusi aplikasi ini kerana identiti penyampai maklumat akan dirahsiakan,” katanya.

-RJ

Tinggalkan komen anda