Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Warga Emas Terus Aktif di FELDA Sungai Klah

By 58 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Faizzad Kamal (Batang Padang)

SUNGKAI, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Program Intergenerasi dan Pemerkasaan Warga Emas yang berlangsung di Dewan Terbuka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) Sungai Klah, di sini hari ini berjaya menghimpunkan masyarakat setempat dan warga emas daerah Batang Padang.

Ucapan perasmian oleh Salina Samsudin.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuk senaman aerobik untuk kecergasan peserta dan cabaran Healthy Ageing oleh Unit Rehabilitasi Pejabat Kesihatan Daerah Batang Padang bagi menilai kekuatan fizikal warga emas.

Program ini turut diisi dengan penyampaian ceramah bertajuk Jenayah Scammer oleh Inspektor Mohd Khairi Ismail dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah.

Ahli Dewan Undangan Negeri Behrang Salina Samsudin, berkata program ini merupakan platfom terbaik untuk memastikan warga emas terus aktif, produktif dan dihargai.

Cabaran Healthy Ageing yang dilakukan oleh warga emas.

β€œMelalui usaha sebegini, kita dapat memastikan kesejahteraan warga emas terus diperkasa dalam pembangunan komuniti,” ujarnya dalam ucapan perasmian petang tadi.

Program ini turut mendapat kerjasama erat pelbagai pihak termasuk FELDA, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan komuniti setempat sejajar dengan usaha memperkukuh hubungan komuniti demi kesejahteraan bersama.

-ZS-

Tinggalkan komen anda