Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Teruja dengan Perkhidmatan NADI

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Arinnica Arif/Mazlin Basir (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Kampung Haji Ghaffar dan di Kampung Parit Selamat dalam kawasan Parlimen Ayer Hitam telah banyak memberi kemudahan kepada penduduk setempat.

Taklimat mengenai NADI disampaikan oleh Pengurus NADI Kampung Haji Ghaffar, Fatin Syamini.

Ketua Komuniti MADANI Sri Lalang Johan Musliman, berkata kewujudan NADI di kawasan ini membuka ruang kepada masyarakat merasai pelbagai perkhidmatan yang berdekatan dengan tempat tinggal mereka.

“Saya tidak pernah ke NADI ini kerana tiada apa-apa urusan sebelum ini tetapi melalui Komuniti MADANI saya baru tahu banyak sebenarnya fungsi dan perkhidmatan NADI kepada masyarakat.

“Selain perkhidmatan komputer dan percetakan, penduduk setempat juga boleh melakukan saringan kesihatan asas di NADI,” katanya ketika ditemui semasa lawatan ke NADI Kampung Haji Ghaffar, di sini semalam.

NADI Kampung Haji Ghaffar juga menyediakan perkhidmatan kesihatan asas kepada pengunjung yang hadir.

Johan yang juga merupakan Ketua Kampung di sini, beliau berharap agar lebih banyak NADI dapat ditubuhkan seperti yang baru beroperasi di Kampung Parit Selamat pada awal tahun ini.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Batu Pahat Musliha Yusuf dan Pengurus NADI Kampung Haji Ghaffar Fatin Syamini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda