Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Golden Melon Selangor SejaTi MADANI, Tambah Nilai dan Produktiviti JPKK

By 5 Februari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azfa Saffie (Kuala Selangor)

IJOK, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Projek SejaTi MADANI Tanaman Golden Melon Selangor dijangka mampu mengangkat martabat ekonomi setempat, merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti malah membuktikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JPKK) mampu bersaing di peringkat global.

Arnita Kinan, 51, salah seorang Ahli Jawatankuasa JPKK Kampung Bukit Badong yang menggerakkan Tanaman Golden Melon Selangor ini.

 

Menurut Pegawai Daerah Kuala Selangor, Mohd Raiz Radzuan projek golden melon (tembikai emas) ini merupakan platform memperkasakan ekonomi JPKK di bawah Biro Ekonomi dan Usahawan kerana berjaya melahirkan ramai usahawan sekali gus memberikan peluang menjana pendapatan dalam kalangan komuniti.

“Projek-projek seperti ini juga dapat memperkasa JPKK pada pandangan masyarakat dimana dengan pelaksanaan ini kita boleh buang stigma JPKK ini adalah satu entiti politik atau pentadbiran sahaja semata-mata.

“Malah, dengan projek seperti ini kita juga mendapat kerjasama daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), untuk mengenal pasti pembeli-pembeli berpotensi terutamanya dari luar negara,” katanya ketika ditemui di Tapak Semaian Golden Melon di Kampung Bukit Badong, di sini semalam.

Hasil jualan buah ini dijangka boleh mencapai sehingga RM9.00 sekilogram.

Tanaman Golden Melon Selangor yang menggunakan sistem hidroponik seperti ini memberi pendedahan, pengalaman dan manfaat kepada komuniti kampung serta mampu menjadi daya tarikan dalam industri pertanian kepada anak-anak muda.

Sementara itu, Ketua Kampung Bukit Badong Muhammad Nasir Ahmad, 69, berkata dengan aktiviti ini ia dapat menjana ekonomi tambahan kepada penduduk kampung dalam meningkatkan hasil pendapatan harian.

“Projek yang menggunakan sistem hidroponik seperti ini memberi pendedahan, pengalaman dan manfaat kepada komuniti kampung serta mampu menjadi daya tarikan dalam industri pertanian kepada anak-anak muda,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin merasakan kenikmatan buah tembikai emas dari ladang juga boleh menghadirkan diri ke Fresh Farm Agro, Lot 21 C Jalan Pingitan, Kampung Bukit Badong, di sini.

-ZS-

Tinggalkan komen anda