Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

100 Hadir Program JIWA@ Komuniti MADANI ‘Ngiling tikai’ Rumah Panjang Dit

By 24 Jun 2025Jun 26th, 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Senie Endin (Sarawak)

DEBAK, 24 Jun (MalaysiaAktif)– Seramai 100 orang telah hadir ke Program JIWA@Komuniti MADANI Perayaan ‘Ngiling tikai’ di rumah panjang Dit, di sini anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Betong (JAPEN Betong) dengan Komuniti MADANI rumah panjang berkenaan.

Samsuri (paling kanan) dan Penghulu Kadam (dua kanan) semasa ‘Ngiling tikai” di rumah Panjang Dit, Debak.

Pegawai Penerangan Daerah, Samsuri Mamat@Mohamed berkata beliau mengharapkan Komuniti MADANI rumah panjang Dit terus aktif dalam melakanakan aktiviti sosial sebagai pengerak kepada masyarakat di situ.

“Komuniti Madani juga adalah rakan strategik JAPEN untuk menyebar luas dasar dan polisi serta isu-isu semasa kerajaan yang wajar disampaikan kepada lapisan masyarakat berbilang kaum sehingga ke peringkat akar umbi,” katanya semalam yang turut dihadiri oleh Penghulu Kadam Ot.

Sesi bergambar kenangan bersama komuniti selepas selesai program.

Tambahnya lagi,berita-berita palsu di media sosial perlu diperhatian setiap ahli Komuniti Madani kerana kesan buruknya kepada masyarakat.

Program ‘Ngiling tikai’ adalah penutup gawai di rumah panjang berkenaan yang dapat merapatkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda