Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Kerajaan Negeri Pahang Sumbang Kerusi Menunggu di HTAA

By 14 Disember 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Sh. Nurrul (Pahang)

KUANTAN, 14 Dis (MalaysiaAktif) – Kerajaan negeri Pahang menyumbangkan sebanyak 108 unit kerusi menunggu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, kelmarin.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Datuk Ir. Razali Kassim kerajaan negeri mengambil tanggungjawab penuh bagi memastikan keselesaan pengunjung-pengunjung di wad kecemasan HTAA.

“Berikutan isu yang tular baru-baru ini yang memaparkan pelanggan duduk di atas lantai semasa menunggu di Jabatan Kecemasan, kerajaan negeri menyumbangkan kerusi menunggu yang baharu kepada pihak hospital bagi keselesaan pesakit,” katanya.

Ujarnya lagi, kejadian kerusi rosak sentiasa menyebabkan bilangan kerusi bolehguna berubah dengan dinamik, namun penggantian sentiasa berlaku bagi keselesaan pengguna.

“Diharapkan sumbangan ini akan memberi keselesaan yang lebih baik kepada pesakit dan waris serta memperkukuh usaha bersama Jabatan Kesihatan Negeri Pahang bagi menyediakan perkhidmatan yang efisien dan berkualiti,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda