Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pesta Kopi Glam Tawau Galak Belia Ceburi Ekonomi Kreatif

By 2 Februari 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Hendry Nurdin (Tawau)

TAWAU, 2 Feb (MalaysiaAktif) – Pesta Kopi Glam Tawau berjaya menarik penyertaan pengusaha kopi tempatan khususnya dalam kalangan usahawan Bumiputera dan belia, sekali gus memperlihatkan potensi industri kopi sebagai sebahagian daripada ekosistem ekonomi kreatif negeri.

Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, penganjuran pesta itu memberi ruang kepada usahawan muda memperkenalkan produk tempatan serta mengembangkan jaringan perniagaan.

Nizam merasmikan Pesta Kopi Glam Tawau di Padang Bandaran Tawau yang menghimpunkan pengusaha kopi tempatan dan usahawan belia.

Menurut Nizam, golongan belia perlu berani melangkah ke hadapan dan menceburi bidang keusahawanan walaupun bermula secara kecil-kecilan.

“Golongan belia perlu kreatif dan inovatif untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan, khususnya dalam ekonomi kreatif.

“Kerajaan negeri bersama pelbagai agensi berkaitan sentiasa menyediakan bantuan serta bimbingan bagi menyokong pembangunan usahawan belia,” katanya ketika merasmikan Pesta Kopi Glam Tawau di Padang Bandaran Tawau, di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Apas itu turut menasihatkan belia agar memanfaatkan masa dengan meningkatkan kemahiran kendiri serta menyumbang kepada pembangunan sosioekonomi setempat.

Nizam beramah mesra bersama peserta program sambil menyantuni usahawan belia serta mendengar secara dekat aspirasi dan pandangan mereka.

“Sebaiknya golongan muda menjauhi aktiviti tidak berfaedah dan memberi tumpuan kepada usaha membina potensi diri.

“Pesta Kopi Glam Tawau ini dilihat sebagai platform strategik untuk memupuk minat belia terhadap keusahawanan berasaskan kreativiti dan inovasi,” ujarnya.

-RJ-

Tinggalkan komen anda