Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Wabak Tibi: 33 Kes Dikesan, 804 Kontak Disaring di Kota Tinggi

By 5 Februari 2026Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman (Johor)

JOHOR BAHRU, 5 Feb (MalaysiaAktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mengesahkan satu kluster Tuberkulosis (Tibi) di daerah Kota Tinggi yang sedang tular ketika ini.

JKNJ dalam satu kenyataan semalam memaklumkan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kota Tinggi mengesahkan kejadian wabak itu di sebuah lokaliti di daerah berkenaan pada 25 Jan lepas.

“Sehingga 4 Feb, sebanyak 33 kes telah dikesan hasil aktiviti pengesanan kes secara aktif melibatkan 804 orang kontak rapat.

“Kesemua pesakit telah menerima rawatan dan kini sedang menjalani pemantauan rapi di fasiliti kesihatan berhampiran,” menurut kenyataan itu.

Dalam perkembangan sama, kenyataan tersebut turut melaporkan satu kematian membabitkan salah seorang pesakit, namun JKNJ mengesahkan kematian itu bukan disebabkan penyakit Tibi.

Sehubungan itu, JKNJ menasihatkan penduduk yang tinggal di kawasan terlibat dan sekitarnya, khususnya individu yang mengalami gejala batuk berpanjangan atau mempunyai sejarah kontak dengan pesakit Tibi, supaya segera menjalani saringan kesihatan di fasiliti kesihatan berhampiran bagi membendung penularan penyakit berkenaan.

-AA-

Tinggalkan komen anda