Skip to main content
Berita TempatanSarawak

MAKNA Perkasa Kesedaran Awal Kanser, Perluas Jelajah Luar Bandar Di Lundu

By 8 April 2026Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aishah Latip (Lundu)

LUNDU, 8 April (MalaysiaAktif) – Majlis Kanser Nasional (MAKNA) akan terus memperluaskan pelaksanaan taklimat berkait masalah kesihatan itu terutama di kawasan luar bandar bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.

Pegawai MAKNA, Issey Josephine berkata ia bagi memastikan maklumat kesihatan dapat disampaikan secara menyeluruh kepada komuniti setempat.

Issey (dua kanan) merakam gambar bersama dengan pesera yang menyertai taklimat tersebut.

“Taklimat ini turut memberi penekanan kepada tanda-tanda awal kanser, kepentingan saringan berkala serta langkah pencegahan melalui amalan gaya hidup sihat.

“Saya juga menggalakkan pesakit kanser untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan oleh MAKNA, termasuk kemudahan rumah tumpangan sementara secara percuma bagi pesakit dan penjaga yang berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan,” katanya pada siri jelajah MAKNA ke daerah Lundu, di sini hari ini.

Jelajah sehingga Jumaat ini itu melibatkan pelbagai agensi kerajaan serta komuniti setempat dalam usaha memperluas kesedaran berkaitan penyakit kanser khususnya di kawasan luar bandar, selaras dengan matlamat meningkatkan kesedaran terhadap bahaya penyakit itu.

Sementara itu, peserta program, Raymond Patrick, 33, berkata taklimat tersebut memberi manfaat besar kepada komuniti setempat dalam meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan.

“Melalui program ini, saya lebih memahami simptom awal kanser serta kepentingan pemeriksaan kesihatan. Ia sangat membantu masyarakat,” katanya.

Seorang lagi peserta, Marlon Martin, 38, turut menyifatkan program tersebut wajar diteruskan secara berkala, khususnya di kawasan luar bandar.

-RJ-

Tinggalkan komen anda