Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

DOF Perak Lepas 131,000 Benih Ikan dan Udang Galah Usaha Lestari Sungai Perak

By 1 jam yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nurlaila Abdul Azid/Shahrizan Ismail (Hilir Perak)

TELUK INTAN, 2 Julai (MalaysiaAktif) – Sebanyak 131,000 ekor benih ikan dan udang galah dilepaskan di Jeti Nelayan Darat Sungai Kerawai bagi melestari dan memelihara ekosistem Sungai Perak.

Pelepasan oleh Jabatan Perikanan (DOF) Perak itu melibatkan 120,000 ekor benih udang galah, 10,000 ekor benih ikan baung dan 1,000 ekor benih ikan temoleh.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan Malaysia Datuk Azahari Othman berkata sehingga Jun 2026, Jabatan Perikanan Negeri telah melepaskan sebanyak 811,000 ekor benih ikan asli di beberapa lokasi perairan umum di seluruh Perak.

“Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan jabatan dalam memastikan sumber perikanan negara terus lestari dan manfaatnya dapat dinikmati oleh masyarakat setempat serta generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Perasmian Bangunan Hatcheri Air Tawar Unit Akuakultur dan Penyerahan Sijil myGAP kepada KV (Pertanian) Teluk Intan, di sini kelmarin.

Terdahulu, program pelepasan benih ikan itu turut dihadiri Pengarah Perikanan Negeri Perak Mohd Ghazali A. Manap.

-FN

Tinggalkan komen anda