Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

MAHA Pahang 2026 Rekod Nilai Jualan RM2.33 Juta

By 30 minutes yang laluTiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan /foto: Izarina KMI/Juhaisa Azrin (Raub)

RAUB, 27 Jul (MalaysiaAktif) – Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan (MAHA) Pahang 2026  merekodkan nilai jualan mencecah RM2.33 juta.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata rekod berkenaan mengatasi pencapaian penganjuran Mini MAHA di Temerloh pada tahun lalu.

“Sektor pertanian dan agro dilihat berpotensi sebagai pemacu ekonomi serta tarikan pelancongan di negeri Pahang.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta bagi penganjuran MAHA di Raub, manakala RM3 juta diperuntukkan bagi penganjuran di Lipis pada tahun hadapan,” katanya ketika merasmikan majlis tersebut, kelmarin.

Program di Dataran Raub, Dewan Jubli Perak dan Taman Tasik Raub berkenaan yang menjadi platform menghubungkan ilmu dan pengalaman daripada pelbagai agensi, mempertemukan usahawan dengan pelabur itu menerima sambutan luar biasa dengan kehadiran 212,374 pengunjung.

-FN

Tinggalkan komen anda