Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

PRN Johor: 95.42 Peratus Pengundi Awal PDRM Johor Selesai Mengundi

By 10 minutes yang laluTiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syamilah Yusman (Johor)/JAPEN

JOHOR BAHRU, 7 Jul (MalaysiaAktif) – Jumlah pengundi awal membabitkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini adalah sebanyak 95.42 peratus.

Ketua Polis Johor Datuk Ab Rahaman Arsad berkata peratusan setakat 5 petang itu direkodkan hasil seramai 11,511 daripada 12,706 pengundi awal yang turun menunaikan tanggungjawab demokrasi masing-masing.

Beliau berkata proses pengundian berlangsung di 53 Pusat Mengundi Awal (PMA) PDRM di seluruh negeri, manakala seramai 643 warganya mengundi secara pos.

“Kesemua 64 PMA termasuk 11 PMA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beroperasi lancar tanpa sebarang insiden yang menjejaskan keselamatan atau kelancaran pilihan raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata sebanyak 1,366 permohonan permit ceramah dan aktiviti kempen politik daripada keseluruhan 1,447 yang diterima telah diluluskan bermula Jumaat lepas hingga semalam.

“Manakala, secara kumulatif, bagi tempoh 27 Jun hingga semalam, sebanyak 3,484 permohonan permit diterima dengan 3,215 diluluskan, sementara 3,182 program dan aktiviti politik dipantau bagi memastikan penganjurannya mematuhi undang-undang serta tidak menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam.

“Dalam tempoh sama, sebanyak 32 laporan polis diterima dan 10 kertas siasatan dibuka berkaitan kesalahan pilihan raya. Polis Johor menerima 56 laporan polis serta membuka 18 kertas siasatan berkaitan kesalahan pilihan raya,” katanya.

-FN

Tinggalkan komen anda